dolu masa memula dapat tawaran masuk maktab ni, aku sadis sebab masa tu aku tengah belajar di uitm merbok kedah course pre law. bila mana kekawan tengah sebok check on9 and guna sms untuk result maktab, aku wat dunno jah. tetibe datang kawan seperjuangan offer nak sms check result aku. ok then aku bagi ic lepastu tetttt tahniah (
antara 5 sebab kenapa anak- anak adik- adik perlu masuk IPG (Institut Pendidikan Guru) bawah tajaan KPM. :)
1. elaun
anda dapat elaun woi a.k.a biasiswa. untuk pra ijazah sahaja anda dapat RM430 sebulan. okey la masa tu kau tak tahu apa- apa lagi nak beli apa lagi pun kau tak tahu kan sebab baru masuk maktab (ipg). then kalau dapat teruskan pengajian ke ijazah (mostly semua akan dapat teruskan sebab KPM dah labur duit banyak gile seng kat kita takkan dia nak menfailedkan kita plak kan,in my opinion lahhhhh) seterusnya lagi syok bila dah masuk ijazah anda dah dapat duit RM700 sebulan. lepastu akan diberikan lagi elaun buku + peralatan sebanyak RM850 (ada setengah opsyen/major dapat RM950) setahun. cuba lah kira total kau dapat berapa sepanjang dok maktab. sekarang yang syok bebudak junior just amik degree 5 tahun je.sedangkan aku yang terkangkang2 ni 5 tahun setengah tapi takpe aku redhoooo jah. yang lagi syiok anda tak payah susah2 nak bayar balik duit tu sebab totally milik kau. perlu diingatkan, duit2 tu akan diberikan mengikut ipg, maksudnya, ikut tempat la.kalau tempat aku ni dapat la rm700 sebulan sebab duk kawasan bandar tak berapa nak bandar. kalau area bukan bandar, rasanya ada la dalam rm650 ala tak banyak pun beza kan.hanokkss!
2. relax, cool and chillex.
duk kat U memang memenatkan.kelas memanjang dsb. bila dah masuk maktab, kau tak perlu risau. kat sini semua dlam keadaan rileks. bila kau masuk U terlebih dahulu and tibe2 cam aku ni lompat p masuk maktab, kau akan culture shocked!sebab? omegad. betapa rileksnya kau dekat maktab kau tanak study seminggu pun kejadah takde orang peduli and result exam kau takkan menjunam jatuh. kelas pun waktu pagi jah (setakat yang aku tau semua maktab macamni) p kelas kul8 balik kul1.20 atau 2pm.maktab aku macam ni.maktab lain aku tak tahu. peraturan segala bagai kau toksah bimbang takde pokguard yang nak tahan kau pakai selipar capal ke ape. sedangkan chinese and indian pakai seluar pendek pon pokguard seportim abis.muahahaha.dan kau islam tak payah la nak buek macem gittew.
3.no mid exam, no kuiz. just exam hujung semester sahaja.
see.aku dah habaq tadi semua rileks. kau hanya perlu berganding bahu bermunajat sepertiga malam untuk buat esemen yang sesagat pulun je.tu pun buat 3 hari last minute.kahkahkahkah.then, exam kau taknak study nak tengok running man sepanjang malam pun takpe sarip dol sebab markah esemen kau yang buat begitu pulun tu dah ade dalam tangan.kalau dekat U kau buat macam aku bagitau ni, memang menempah ajal.dan lagi satu yang syok, kau boleh postpone tarikh hantar esemen tu contohnya kau dan classmate kau macam orang yang tak berguna (kekeke) dan malas nak buat esemen..kau boleh buat demikian tapi yang penting kena gulingkan dulu pensyarah tersebut Y_Y nanes pensyarah aku kalau baca. mostly pensyarah maktab is the best for me. diorang paling cool and sporting habis. diorang sangat memahami kalau kita kata nak postpone esok, dorang bagi kita hantaq sampai minggu depan!!!cool what?ehem.
4. menjadi insan yang berguna untuk keluarga, bangsa dan negara T_T
aku masuk maktab, hidup aku berubah 360 darjah. serius. tapi kena cari kawan yang betul2 baik dari segi macam2 la.tapi insyallah yang msuk maktab ni mostly orang2 yang baik yang memang ditakdirkan untuk menjadi seorang guru. :) sobs sobs sobs. dekat maktab ada macham2 program yang akan menghasilkan seorang GURU bukan seorang yang lain etc. ada program BIG iaitu bina insan guru yang dijalankan tiap2 sem. bila kau pergi program anjuran luar yang mencampur adukkan bebudak maktab dengan bebudak U, kau akan tahu ooo dia ni konfem budak maktab, dan dia ni konfem bukan budak maktab. sebab?haha. sebab naluri seorang bakal guru akan mengatakan sedemikian rupa. banyak beza antara budak maktab dengan budak U. kebanyakannya dari segi sopan santun and berbudi bahasa la. bukan nak kata budak u tak baik tapi ada la...nak tahu kena la masuk maktab!!!kuikuikui
5. tupppp2 dah posting dan masuk kerja
haih.lega sekarang aku dah semester 8 dan sekarang ni busy buat action research aka thesis (konon busy padahal pemalas tahap gaban)uwekk. kita masuk maktab ada penyebabnya. huahuahua. ada setengah kawan aku masuk maktab sebab nak cepat dapat kerja dan kerja ni kerja yang mulia lagi suci dalam debu. tak dinafikan memang masuk maktab kau akan terus dapat kerja kecuali ada sesetengah tahun yang terpaksa di delay kan hahaha itu lawak. cuma delay ada la dalam 6 bulan paling lama sementara menunggu posting. paling cepat 2 bulan cenggitu. so kau jangan susah hati kalau dah masuk maktab, sebelah kaki kau dah ada dalam perkhidmatan awam.@ sekarang ni kita dipanggil pra perkhidmatan. :) no worries sebab kita ni bukan anak tiri KPM macam UPS*.
U itu akan dihantar ke sekolah menengah dan kita ke sekolah rendah.so takle jeles2.kite ni diberi elaun, kerajaan dah habiskan berbilion2 duit untuk semua guru pelatih seluruh malaysia (27 ipg) so takkan la dorang nak tinggalkan kita begitu sahaja.muahaha.jangan risau jangan risau tenang kerjaya anda sebab anda dijaminkan untuk menjadi seorang guru.
okey.terima lah tawaran masuk ke ipg. walaupun tak semegah universiti tapi percayalah ramai yang jeles dengan kita sebab kita releks, cgpa tinggi, elaun pun dapat, tak kena bayar balik dan sebagainya.
No comments :
Post a Comment